Pages

Friday, 3 August 2012

Imbas Kenangan:Saat Melahirkan Zafri Naufal

Tarikh edd aku melahirkan Zafri Naufal adalah pada 25 Januari 2012..Pada 4/01/2012 aku pergi ke klinik Nur Aen untuk scan baby ku.Doktor menyatakan bahawa aku perlu dirujuk ke hospital kerana masalah air ketuban ku sedikit dan ini akan membahayakan bayi dalam kandunganku.Aku sedikit panik dan risau akan keadaan bayi ku.Aku terus ke hospital dan ditahan di wad.setelah diperiksa oleh doktor,Aku dibenarkan pulang pada 5/01/2012 kerana kata doktor aku tiada masalah kekurangan air ketuban.Doktor memberi tarikh temujanji untuk scan baby seminggu selepas aku keluar dari wad iaitu pada 12/01/2012.

Pada 12/01/2012 aku ke klinik untuk scan baby..tapi sekali lagi doktor memberi tahu aku bahawa air ketuban aku semakin kurang dan aku terpaksa dimasukkan ke wad untuk bersalin secara paksa.Pada pagi 13/01/2012,aku di induce oleh doktor.Selepas di induce,aku langsung tidak merasa sebarang kontraksi atau sakit untuk bersalin.Pada jam 3ptg, aku di induce kali kedua.kira-kira jam 5 ptg baru aku dapat rasakan kontraksi yang ringan macam sengugut.Pada malam nya,aku rasa kontraksi makin kuat.Doktor check jalan ku pada masa itu hanya 1 cm..Pada jam 8 malam,aku dipindahkan dari wad kelas tiga ke wad kelas dua..Semakin lama aku rasa kontraksi aku makin kuat dan tidak tertahan sakitnya.Sepanjang malam aku tidakdapat tidur kerana menahan sakit yang amat sangat.Aku berjalan ke hulu dan ke hilir wad untuk mengurangkan kesakitan.Kira-kira jam 1 pagi,nurse memeriksa jalanku.Aku sangat kecewa kerana nurse memberitahu bahawa jalan ku hanya 1.5cm..Pada malam itu,aku menangung kesakitan sehingga sedikit pun aku tidak dpt lelapkan mata.

Pada pagi 14/01/2012,doktor memasukkan ubat induce kali ketiga..ketika itu kontraksi makin kuat sampaikan aku tiada selera untuk makan akibat sakit teramat sangat..aku sangat berharap agar suami ku ada disisi pada masa itu tapi apakan daya, polisi hospital tidak membenarkan untuk suami aku menemani aku kerana ketika itu bukan waktu melawat.suami ku hanya tngu di luar wad.Pada jam 1 tghri suami ku datang untuk menemani ku..

Setelah selesai waktu melawat, suami ku pulang ke rumah..kira-kira jam 3 ptg,doktor induce aku buat kali keempat.tp ketika doktor ingin masukkan ubat,tiba2 air ketuban ku pecah.aku akan di masukkan ke labour room.tp pada masa itu labour room penuh dan aku di suruh berehat di wad dahulu.aku menelefon suami ku supaya datang dengan segera.Laluan jalan ku pada masa ini adalah 3 cm.

Pada jam 5.30 ptg,aku di masukkan ke dalam labour room.Pada masa ini,aku rasa sgt sakit.Setelah doktor memeriksa aku,laluan jalanku pada ketika itu baru 3 cm.aku sgt kecewa kerana aku tidak tahan lg utk menanggung kesakitan ini.Pada jam 7 ptg, suami ku dibenarkan masuk ke dalam labour room utk menemaniku dan memberi sokongan kepada ku..Selepas berhempas pulas menahan kesakitan,aku mula meneran pada jam 10.30 malam..Aku tiada tenaga utk meneran kerana melalui kesakitan kontraksi yg amat sgt..Setelah hampir sejam aku meneran,akhirnya lahirlah putera ku yang bernama Zafri Naufal pada jam 11.26 malam...Hilang segala kesakitanku apabila melihat wajah comel anakku..Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan Mu ini..Aku sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini















Thursday, 2 August 2012

Demam Campak

Zafri Naufal dah dua kali kena demam campak.kali pertama dulu masa dia umur 4 bln dan
sekarang kena lg time umur dia 6 bln.kesian btol tgk dia.dah la sblm naik campak dia demam panas selama 4 hari.asyik merengek je.mama doakan supaya zafri cepat sembuh..